Tuesday, November 18, 2008

PANDANGAN ISLAM TERHADAP 'COUPLE'

Para penentang couple cara islam (islamic couple) berlandaskan dalil. Para pendukung islamic couple pun berdasarkan dalil. Manakah dalil yang lebih kuat antara keduanya?

Pada umumnya, penentang budaya couple mengemukakan dalil-dalil:

1)Mendekati zina itu terlarang.

2)Menikah itu dianjurkan.

3)Tanazhur pra-nikah itu dianjurkan. (Adapun taaruf pra-nikah tidak ada dalilnya.)

Kuatkah dalil-dalil tersebut? Ya dan tidak. Dalil-dalil tersebut cukup kuat bila dihadapkan dengan couple non-islamic, tetapi lemah bila dihadapkan dengan couple islamic. Letak kelemahannya adalah penempatannya yang tidak pada tempatnya.

Mengapa boleh kita katakan bahwa dalil-dalil tersebut tidak pada tempatnya? Sebabnya:

1)couple islamic tidak mendekati zina. Bahkan, couple pada umumnya pun tidak identik dengan “mendekati zina”.

2)Couple islamic justru melapangkan jalan untuk menikah dengan sebaik-baiknya, digunakan untuk membangunkan rumah tangga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah.

3)couple islamic justru mengupayakan peningkatan kualiti tanazhur pra-nikah.

Bagaimana dengan dalil yang dipegang oleh para pendukung couple islamic? Benarkah ada dalil yang menguatkan bolehnya couple islamic?

Sebahagian besar penentang couple islamic menyangka,kewujudan couple islamic tidak didukung dengan dalil sama sekali. Bahkan, mereka mengira, couple islamic ini merupakan bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Padahal, seandainya mereka membaca dengan cermat buku-buku (dan artikel-artikel) couple cara islam, tentu mereka jumpai dalil-dalil yang menguatkan kewujudan couple islamic. Tiga diantaranya adalah sebagai berikut. (Dua dalil pertama bersifat umum, tidak hanya mengenai couple, sedangkan dalil ketiga jelas-jelas mengenai couple.)

1.Mengenai hubungan antar manusia, pernah Rasulullah saw. bersabda: “Segala yang tidak ditegah (dalil jelas) itu tergolong dalam hal-hal yang dibolehkan-Nya.” (Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, hadits no. 3190) Kerana couple tidak ditegah dalam Al-Qur’an, kehalalannya tidak mustahil.

Kalau mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Yusuf Qardawi dalam bukunya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (Halal dan haram dalam Islam) menyatakan:

“DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahwa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, yaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya karena ada sebagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah.

2. Nabi saw. bersabda, “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” (HR Muslim) Hadits inilah yang menjadi dasar kaidah ushul fiqih yang menyatakan bahwa pokok hukum dalam urusan muamalah adalah sah (halal), sampai ada dalil (yang qath’i) yang membatalkan dan mengharamkannya. Dengan kata lain, selama tidak ada dalil yang dengan tegas mengharamkannya, maka hukumnya tidak haram. Begitu pula perihal couple.

3.Pada kenyataannya, budaya couple (percintaan pra-nikah) sudah ada pada zaman Rasulullah. Adakah dalil dari rasulullah yang mengharamkannya? Ternyata, beliau sama sekali tidak pernah menyuruh para sahabat untuk tidak bercinta pra-nikah. Beliau tidak pernah mengharamkan couple. Bahkan, sewaktu menjumpai fenomena couple, baginda tidak sekadar membiarkan fenomena ini. Baginda bersimpati kepada pelakunya dan justru mencela sekelompok sahabat yang memandang rendah pasangan tersebut. Baginda menyindir, “Tidak adakah di antara kamu orang yang penyayang?” (HR Thabrani dalam Majma’ az-Zawâid 6: 209)

Jadi, dalil-dalil para pendukung islamisasi couple lebih kuat daripada dalil-dalil para penentang couple islamic. Mudah-mudahan dengan penjelasan ini, kita tidak lagi membuang tenaga untuk berdebat mengenai halal-haramnya couple. Sudah saatnya kita lebih berkonsentrasi pada bagaimana couple secara islam. Islam tidak kejam dan tidak cenderung menghukum tetapi Islam meletakkan alternatif dan garis panduan. Wallaahu a’lam.

5 comments:

watashi-wa said...

salam. actually, byk pndpt tntg couple islamic ni. pndpt sy,aslkn kte mnjaga bts2 syariat dn tahu halal haram dn slalu ingat tuhan. ttp, ade pndpt yg menolak keras tntg couple ini. hinggakn, sy yg tk brape tahu ni ade gk terlintas dlm hati, knape amat tertutup pemikir agama ini? wallahua'lam. na'uuzubillah..

Anonymous said...

Alhamdulillah saudara bukanlah golongan yg taqlid buta. Mari kita berpegang kepada nas2 yg sahih kerana Agama datang dengan dalil bukannya omong kosong.

Anonymous said...

ya allah..kau berilah hidayah pd hambamu ini yg kurang pengetahuannya mengenai islam..limpahkan ilmu yang secukupnya kepada mereka yang memudah-mudahkan agama mu yang mulia disisi mu ini..

jauhkanlah mereka daripada bala-bala mu yg amat dahsyat..selamatkanlah mereka dari azab mu yg berat..tmpatkanlah mereka bersama org yg membawa agama mu yakni islam..

wahai saudara,islam mmg mudah..ttpi kmdahan itu tlah dttpkan berdasarkan 4 sumber..yakni pling agung alquran,seterusnya sunnah,kemudian ijmak dan qias..kte tdak boleh mmndang remeh ttg nas2 yg tlah dttapkan..anda prlulah merujuk kpda yg lebih arif ttg ilmu-ilmu islam..kte tdak boleh skadar mmbaca buku tnpa berguru..ia ibarat org buta yg mlintas jalan tnpa dpimpin org yg jelas pnglihatannya..

jika nk diqias kan dgn mndkati zina,couple yg bagai mna rupa bentuk pon,x ksah lah ianya islamic atau tdak ttp diangap sbagai mndkati zina..kte smua bershahwat..apa2 perbuatan thdap wanita yg dsrtakan dgn shahwat dianggap zina..walaupun kte jge hubungan kte dgn kekasih kte, kte ttp mmpunyai shahwat thdp kekasih kte..ini yg amat dtgah dlam islam..islam menetapkan couple ini sbagai haram kerana ingin menjaga keturunan..skiranya couple ini dihalalkan,maka anak-anak yg tdak brdosa akan dilahirkan tnpa bapa..

cuba anda fikir2 kn impak yg mndatg kpd p'halalan couple ini..amalan couple ni dtg ye dri cra hidup org barat..dan sekarg ini byk cre khidupan org2 melayu menyamai seperti org2 barat terutama artis2..semua ini dtg ye dri artis2 yg melampau kehidupan mereka..mmg tdk slah kte ikot amaln org2 bart ttp ambil lah yg tidak MELANGGAR SYARIAT ISLAM seperti care2 blaja ke tip-tip membangun kan negara ke..so cube anda renung2 kan dgan sebaik ye..jgn lah membuat kenyataan seperti ini tanpa kajian yang menyeluruh berdasarkan 4 sumber utama dalam islam..

moga fitnah2 mu di ampun kan oleh yang maha mengetahui..aminnn..

klu berani masukkan teks saya ini kdlam blog anda...wassalam...