Wednesday, April 7, 2010

BEDAH SIASAT HUKUM WANITA MEMAKAI TUDUNG

Sebelum membaca hujah secara terperinci, pembaca dinasihatkan untuk MENONTON VIDEO di bawah ini. Ia adalah penting untuk anda lebih mudah memahami hujah seterusnya.




[Photo]Menurut pandangan umum, rambut perempuan itu adalah aurat. Namun begitu, apabila kita bertanya kepada si pemakai tudung, di manakah dalil yang mengatakan rambut itu aurat? Majoriti mereka tidak dapat menjawab dan tidak pernah ambil tahu tentang dalil Quran dan Hadith tentang aurat. Mereka hanya ikut bulat-bulat apa yang diajar oleh Ustazah mereka tanpa bertanya tentang penghujahan hukum. Bagaimana pula jika saya mengatakan hujah-hujah ustazah mereka tidak jujur kerana tidak menerangkan kelemahan dalil itu sendiri. Bila kita persoal lebih lanjut, mereka akan mengatakan "kita mazhab syafie kena la ikut". Sebenarnya mereka sendiri tidak menghayati apa yang Imam Syafie RH kata.


Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Oleh itu mari kita ikuti penghujahan terperinci tentang status rambut wanita adakah ia benar-benar aurat menurut Quran dan Hadith yang sahih?

Dalil termahsyur yang digunakan Ulama-ulama dalam menjatuhkan hukum rambut aurat adalah seperti berikut:

Surat An-Nuur 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan"


Ayat surah Annur:31 ini menyebutkan bahwa perempuan haruslah (i) menjaga kehormatan dalam cara berpakaian, (ii) tidak memperlihatkan perhiasan kepada selain muhrimnya, anak-anak yang belum dewasa, dan laki-laki kasim; kecuali yang biasa terlihat, (iii) menutupi dadanya (dengan menggunakan khumur (penutup).


Kata 'kehormatan" itu sebenarnya tafsiran dari kata asalnya yang tertulis, yaitu saw’atihima, yang ertinya organ seksual (anggota aib). Bila melihat kata asalnya, jelaslah bahagian yang disebut organ seksual tidak termasuk rambut. Sementara kata kehormatan memang lebih luas maknanya, mencakupi aspek perilaku dan keperibadian.

Pengertian perhiasan memang luas dan Al Qur'an tidak secara spesifik menunjuk kepada satu hal mengenai apa yang dimaksud dengan perhiasan. Boleh bermaksud perhiasan dalam erti gelang, cincin, kalung, anting, dan sebagainya. Boleh juga dandanan / hiasan perempuan (termasuk aksesori tadi). Boleh juga termasuk bahagian tubuh tertentu (dalam hal ini ada yang menafsirkan termasuk juga rambut). Namun bila dimaksud adalah bahagian tubuh tertentu, ayat ini secara spesifik sudah menetapkan kemaluan dan bahagian dada. Apabila rambut atau bahagian tubuh lainnya juga harus ditutup, mengapa tidak disebutkan secara spesifik? Sementara, kemaluan dan dada disebutkan secara tegas. penyataan “kecuali yang biasa terlihat” seakan menegaskan bahwa selain organ genital dan sekitar dada, maka pengertian bagian tubuh dan perhiasan dapat diserahkan kepada kebiasaan masyarakat.

Penyataan "hendaknya meraka menutupkan kain tudungnya ke dadanya" jelas sekali adalah perintah menutupi dada; bukan menutupi rambut, ataupun menggunakan tudung. Mengapa harus menggunakan tudung untuk menutupi dada? Menurut Muhammad Said al-Asymawi (seorang juris, pakar perbandingan hukum Islam dan hukum konvensional, bekas ketua Mahkamah Tinggi Kairo, Mesir), pada zaman Nabi dahulu, perempuan Arab memang sudah memakai tudung sebelum turunnya Surah Annur ayat 31 namun pemakaiannya menjuntai ke belakang, sementara dadanya dibiarkan terbuka (Muhammad Said al-Asymawi, Kritik Atas Jilbab, 2003). Jadi, daripada tudung itu menjuntai ke belakang, lebih baik julurkan ke depan untuk menutupi dada. Tuhan hanya membetulkan cara pakaian mereka sahaja dan bukannya mewajibkan tudung.

Namun Ulama sekarang memahami "keatas dada mereka"(ala juyubihinna) menjadi "sehingga dada mereka" (ila juyubihinna). Sedangkan maksud ala (ke atas) dan ila (sehingga) itu amat berbeza.

Tidaklah boleh kita menyangkakan Al-Quran itu tersirat dengan pelbagai makna mendalam yang sukar kerana Al-Quran tidak begitu. Ia mudah difahami oleh semua orang dengan jelasnya.


“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (Al Qamar: 17)


Ibnu Qayyim mengatakan:

“Barang siapa yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Al Qur’an memiliki takwilan yang tidak kita pahami dan tidak kita ketahui, kita hanya membaca lafadz-lafadznya sebagai bentuk ta’abbudi (beribadah saja)’, maka sungguh dalam hatinya terdapat penyimpangan.”

Sekarang mari kita lihat apakah hadith yang sering diguna pakai oleh Ulama untuk membuat garis panduan aurat kepada wanita.


HR Abu Daud dari Aisyah bahwa Asma putri Abu Bakar suatu hari berkunjung ke rumah Nabi, lantas Nabi bersabda menegurnya: "Wahai Asma! Bila seorang gadis telah haid, tidak boleh (lam yasluh) terlihat bagian organ tubuhnya kecuali bagian ini (Nabi menunjuk muka dan kedua telapak tangannya)."

Hadis lainnya, Aisyah meriwayatkan, bahwa Nabi pernah bersabda: "Tidak halal (la yahill) bagi seorang perempuan yang telah baligh, sementara dia beriman kepada Allah dan hari akhir, terlihat bagian organ tubuhnya, kecuali muka dan kedua tangannya, sampai batas ini (Nabi menggenggam setengah lengannya)."

Ulasan terhadap hadis:

Hadith ini tidak boleh digunakan dalam mentahqiq hukum secara qat'i (putus) mahupun Dzanni (sangkaan) kerana kesahihan hadith tertolak kerana:


Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud, jld 4, ms 521, no: 3945. Berkata Abu Daud: Hadis ini mursal, PERAWI KEDUANYA IAITU Khalid bin Duraik belum pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. KERANA HIDUP TIDAK SEZAMAN DENGAN AISYAH. Dalamnya juga terdapat PERAWI BERNAMA Sa‘id bin Basyir Abu Aburrahaman al-Bashari, tamu Damsyik, maula Bani Nashr, tidak seorang pun AHLI HADITH yang membincangkannya. Ia termasuk dalam perawi MAJHUL atau dalam bahasa Melayunya bermaksud "tidak dikenali" Dalam hadis terdapat dua kelemahan, pertama kerana salah seorang perawinya (orang yang mendengar hadith) iaitu Khalid bin Duraik ternyata tidak pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Kedua Sa‘id bin Basyir adalah seorang perawi yang daif. Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu‘aib al-Iman, jld 6, ms 165, no: 7796 dan Sunan al-Kubra, jld 7, ms 138, no 13496 melalui jalan yang sama. Kedaifan hadis ini sebagaimana terang Abu Daud menyebabkan sesetengah pihak, terutamanya di kalangan modernis menolak kewajipan memakai tudung bagi wanita Islam. Akan tetapi semakan lanjut mendapati ada hadith lain yang berbunyi seakan sama dengan hadith Abu Daud. Hadis yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, no: 13497, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath, jld 6, ms 169, no: 8394 dan Mu’jam al-Kabir, jld 24, ms 142, no: 378 melalui jalan isnad yang lain dengan maksud yang sedikit berbeza, iaitu ketika menunjuk ke tangannya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menarik lengan baju sehingga tidak ternampak kecuali jari-jari tangan. Namun begitu, berkata al-Baihaqi selepas mengemukakan riwayat kedua ini: Isnadnya daif. Kedaifan isnad tersebut disebabkan oleh dua perawi, sebagaimana yang diterangkan oleh Mahmud Hasan Ismail, penyemak Mu’jam al-Ausath, iaitu: [1] Ibn Luhai‘ah: Dia jujur tetapi terdapat campur aduk dalam riwayat yang disampaikannya. [2] ‘Iyadh bin ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim: Dia longgar, yakni tidak mantap dalam meriwayatkan hadis.
Tanpa menafikkan bahwa ada kemungkinan memang Nabi telah bersabda seperti tersebut di atas, fakta bahwa Nabi tidak mengumumkan secara luas mengenai aturan berpakaian menunjukkan bahwa Nabi memang tidak ingin mengatur. Bila Nabi berketetapan untuk menerapkan peraturan berpakaian seperti dalam hadis di atas sebagai "peraturan awam", mengapa baginda tidak mengumumkannya, seperti ketika beliau mencontohkan solat dengan begitu terperinci?

Namun ada ulama yang menggunakan dalil berikut untuk menyokong kewajipan bertudung:

Dicerikan oleh Aishah r.a, bahawa apabila para isteri nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang. "Umar (Bin Khatab) mengusulkan kepada Nabi supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab, tetapi Rasullullah tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam isteri nabi Zam'a keluar waktu Isha' dan dia adalah seorang yang tinggi perawakannya, lalu Umar menyapanya "Hai kami mengenal engkau, hai Saudah. Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah hijab) memang sesudah itu turun ayat hijab" Sahih Bukhari No 105 Jilid 1, ms 77.

Adakah ayat SURAH Annur 31 YANG MENETAPKAN KEWAJIPAN PENUTUPAN BELAHAN DADA ( JUYUBIHINNA) menyokong umar atau menjawab umar? Ini adalah satu persoalannya. Jelas dalam hadith di atas bahawa Nabi sendiri tidak berbuat apa-apa selepas Umar mengusul untuk isteri nabi berhijab (tudung). Kemudian kelihatan Umar tidak berputus asa lalu mengintip (seperti mengekori) isteri nabi dan sangat mengharapkan ayat hijab turun selepas itu.

Jika Ulama mengatakan ayat hijab untuk menyokong umar, adakah Umar begitu tinggi tarafnya berbanding Nabi sehingga menyedari tentang keperluan hijab lebih awal berbanding Nabi? Apakah kelebihan Umar di sini?

Sedangkan dalam suatu peristiwa yang lain jelas bahawa Saidina Umar RA kadangkala melakukan sesuatu yang melebihi had hukum dan bukanlah maksum.

Al-Imam al-Ghazali menyebut:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukan.

Maka sudah dapat kita fahami bahawa di suatu sudut yang lain surah Annur 31 diturunkan untuk menjawab Umar bahawa tudung kepala tidak di syariatkan bahkan disuruh menutup bahagian aib seperti belahan dada. Tidak mungkin umar mendapat petunjuk lebih awal dari Rasulullah. Sememangnya Saidina Umar R.A diiktiraf kealimannya dan waraknya. Namun tidaklah satu manusia biasa bebas dari kesilapan.


CUBA KITA AMATI AYAT BERIKUT:

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali kamu diizin untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah; kemudian setelah kamu makan maka hendaklah kamu bersurai dan janganlah dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga ia merasa malu kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. (Al-Ahzab:53)

Ayat ini diguna pakai oleh sesetengah ulama 'extreme' untuk mewajibkan purdah/niqab. Tabir yang dikatakan dalam ayat dengan mudah dikatakan purdah atau niqab. Ini amat berlebih-lebih dalam menafsir disamping pemikiran si penafsir dirasuk budaya arab. Pada permulaan ayat jelas menerangkan ayat ini mengkhususkan keadaan isteri nabi di dalam rumah. Sudah tentulah tabir itu bermaksud tingkap atau langsir dan bukannya purdah. Amat mudah mereka menokok tambah maksud ayat hanya kerana ingin mempromosi budaya purdah (budaya arab).

Sesetengah ulama (lebih longgar) yang lain pula menafsir tabir itu sebagai hijab/jilbab atau lebih dikenali sebagai tudung kepala. Jika inilah yang dimaksudkan oleh ulama itu, sudah tentulah sudah tertera dengan jelas di dalam Al-Ahzab:53 bahawa perintang hijab/jilbab/tudung itu hanya khas untuk isteri nabi.

Pasti ulama akan jawab bahawa hukum kepada isteri nabi dan wanita biasa tidak berbeza. Menurut kajian penulis, hukum kepada isteri nabi dan wanita biasa adalah berbeza dalam beberapa hal.

Buktinya dalam ayat berikut:

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda” (Al-Ahzab:59)

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.(Al-Ahzab:32)

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali kamu diizin untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah; kemudian setelah kamu makan maka hendaklah kamu bersurai dan janganlah dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga ia merasa malu kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik takbir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh bahawa kamu berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. (Al-Ahzab:53)

Ayat-ayat di atas terbukti berbeza kiraan dosa antara isteri nabi dan wanita biasa. Jika kita meneliti dan berfikir mengapa isteri nabi dilarang berkahwin lagi lepas kewafatan nabi, pasti tiada jawapannya kerana kita lihat wanita biasa boleh berkahwin lagi selepas tamah iddah. Ini hukum yang jelas berbeza namun kita terimanya sebagai hukum Allah. Tidak boleh dipertikai lagi.

Jika didebat sekalipun maksud tabir itu hijab, jilbab, purdah, atau tudung, ia tidak lagi bermakna kerana semua isteri-isteri nabi sudah pun wafat. Maka tidak lah menjadi kewajipan kepada wanita sekarang untuk bertudung atau berpurdah.

Di dalam konsep hukum, dalil adalah terasnya dan bukannya perbuatan orang ramai itu membuktikan perbuatan itu benar. Ini dapat diamati dari dalil-dalil di bawah:


"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)". (QS. Al-An'am, 6:116)


Daripada Abdullah Bin Mas'ud, Diriwayatkan oleh Al-Imam Darimin dalam musnad Ad -Darimin:

Rasulullah bersabda: "Apa akan terjadi kepada kamu nanti (nasib kamu), apabila fitnah (bid'ah) itu menyelubungi kamu, sehingga orang-orang yang tua telah tua dalam keadaan fitnah itu, dan anak-anak kecil membesar dalam keadaan fitnah itu, dan orang ramai menganggap fitnah itu adalah sunnah (sesuatu yang dilakukan dan diajarkan oleh nabi) sehingga apabila ditinggalkan sesuatu dari amalan fitnah itu, mereka mengatakan "engkau telah meninggalkan sunnah"

Rasulullah bersabda:“Diperlihatkan kepadaku umat-umat manusia. Maka aku dapati ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua orang pengikut. Ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu kebenaran bukanlah berdasar kepada majoriti atau kata-kata orang sebaliknya kebenaran dihakimi oleh Al-Quran dan Sunnah serta pembuktian kesahihan dalil.

Jangan juga kerana ia nampak baik maka dengan mudah kita katakan ia adalah perkara yang benar.

“Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka (dengan akal sendiri) bahawa mereka melakukan amalan yang baik”. (Surah al-KahfI: 103-104).

KESIMPULAN

Berbeza dengan pandangan pada umumnya, saya peribadi berpendapat bahwa rambut perempuan TIDAK WAJIB ditutup. Lebih jauh lagi, pakaian bukanlah suatu syariah atau kewajiban agama; itu lebih kepada etika, kepantasan, dan cita rasa yang disesuaikan dengan budaya kesopanan setempat. Pedoman umum agama dalam hal berpakaian adalah untuk menjaga kesopanan dan kehormatan.

Pakaian dapat digunakan untuk menunjukkan identiti, misalnya perempuan Muslim dapat menggunakan tudung untuk menunjukkan kemuslimannya. Namun ini tidak bererti tudung dapat digunakan sebagai "indikator" (pengukur) keimanan atau kesolehan seseorang. Seseorang yang sudah memakai tudung misalnya, dia semestinya dapat saja secara bebas melepaskan dan menggunakannya kembali, tanpa harus takut dinilai "kurang beriman" atau level keimanannya "turun".

Tudung, sebagaimana pakaian umumnya, adalah pilihan bebas setiap orang, sepanjang dengan berpakaian itu kesopanan dan kehormatannya terjaga. Kerana itu, tidak seorang pun atau pihak manapun yang dapat memaksakan apakah seseorang itu harus memakai atau tidak boleh memakai tudung.

Ini juga sependapat dengan Ibn Ashur iaitu pangasas kitab Maqassid Assyariah yang digunapakai di seluruh fakulti shariah di dunia.

Saudari-saudari bolehlah klik url berikut untuk membaca hujah lain mengenai tudung dan aurat:

Mohammed Shaikh (anak murid Ahmed Deedat)
http://www.youtube.com/watch?v=7mGpZJOyEMY

Ghammal Al-Banna (Adik kepada pengasas Ikhwanul Muslimin)
http://guntur.name/2008/01/08/rambut-perempuan-bukan-aurat/

Dr. Ibrahim B. Syed, Ph.D
http://www.islamfortoday.com/syed01.htm

26 comments:

Anonymous said...

salam..bgus2 teruskan usaha memudahkan lagi Islam semudah2nye..lps ni bley la saudari2 sume tayah pkai tudung erk..pastu pasni boleh la tuan punye blog buat artikel bedah siasat psl solat pulak ek..gune al-quran n hadis tafsir2 sndri2 smpai kesimpulannye tak perlu solat..cmtu lg mudah islam ni kan..sume org boley masuk syurga dgn senangnye..fikir2kan..wasalam

Anonymous said...

teruskan anda dengan ajaran sesat anda ni...minta ampun n taubat2 lah wahai saudara........kamu ni anak ayah pin ka ??

Anonymous said...

apa plak nih??x wajib pakai tudung??ngko jgn la tabur dosa kat blog ngko ni weh.mengarut betul.dalil2 yg ngko kemukakan tu betul tp tafsiran ngko tu sesat lg menyesatkan!x yah la tafsir ikut kepala sendiri weh, ngko bukannya ulamak pun!ya Allah, sakitnya hati aku baca tulisan nieh.moga2 ngko insaf cepat2..

Anonymous said...

Allahu Allah..Ya Allah! Bukakanlah pintu hati sahabatku ini..Seseungguhnya Dikaulah yang memberikan hidayah kepada hamba2Mu..
AstaghfiruLLah al 'Adzim..La Haula wa La Quwwata Illa biLLah al 'Aliyy al 'Adzim..

Anonymous said...

Salam.....bagaimana pun saya faham dengan pemahaman ini bahawa islam itu amat mudah dan indah... segala dalil dan ayat ayat alquran telah menyatakan kesahihan apa yang saudara sampaikan.. sehingga kini ulama masih juga mencari adakah wajib bagi wanita memakai jilbab/hijab/tudung kerana sehingga ke hari ini.. didalam alquran tidak menyatakan bahawa pemakaian tudung itu adalah wajib... sepertimana yang telah saudara huraikan bahawa wanita wajib menutup auratnya dari paras dada dan juga kemaluan. Ini telah disalah ertikan oleh mereka yang kurang dalam menyelidiki agama islam itu sendiri dan tidak faham akan tafsiran itu.. contohnya: di negeri arab wanita mereka berjilbab serta berpurdah kerana cuaca mereka adalah panas dan berdebu dan untuk mengelakkan perkara itu mereka haruslah menggunakan jilbab serta purdah dari perkara atau penyakit yang tidak diingini. Sementara itu kita menunaikan solat dengan bertelekung kerana alquran sudah menyatakan cara peradaban yang harus dilakukan oleh wanita bagi menyembahnya.
Terima kasih kerana menerangkan kepada mereka yang kurang arif..
SALAM

Hamba Allah SWT said...

Salam.. Jgn suka2 buat tafsiran serta andian sendiri.. Aku bg hadis paling2 mudah utk pnulis blog ni..

Rasulullah SAW pernah berkata : "Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bertaubat lah anda sebelum terlambat sb anda telah menyebarkan perkara yg slh disisi Islam..

Anonymous said...

(sehingga kini ulama masih juga mencari adakah wajib bagi wanita memakai jilbab/hijab/tudung) cam bodoh je org yg tulis komen camni, xkan la ulama' tu cari xjumpa2 benda yang jelas mcm nie...

Anonymous said...

andai tudung tidak wajib, mengapa solat dengan bertudung?

Anonymous said...

Anak angkat astora jabat.

Anonymous said...

Berpinar-pinar, hujah punya panjang semata-mata nak halalkan tak pakai tudung au'zubillah, akhir zamaaaaan....

Anonymous said...

Brader2 dan sister2 semua.. apa kata bab hadis nabi kpd Fatimah tu disiasat perawinya sama ada palsu atau tidak baru bentangkan hujahnya.

Anonymous said...

Sebagai umat Islam, apa yg saya faham, aurat seorang wanita ada lah seluruh tubuhnye KECUALI....... Muka dan tapak tangan. Simple right, to understand..?

Anonymous said...

bodoh

Anonymous said...

ni nmenye golongan anti hadis,,bodoh btol,wt tfsiran ikot hawa nafsu...

Anonymous said...

Kawan kita ni baru bangun tidur...tengah kebingungan atau kebodoh2an...kesian dia...kutip punya kutip terkutip tahi kucing...baru perasan dia penganut agama liberal...patutlah tak sama dgn kita.

Anonymous said...

Tolonglah tafsir atau siasat perawi tentang sembahyah, puasa, zakat, haji dan yang haram2 tu supaya tak payah buat lagi dan semuanya halal belaka barulah betul2 indah dan mudah...tolong ye.

Anonymous said...

aku rasa baik ko siasat lagi mana tahu kut2 tak payah pakai pakaian lg bagus mesti org lelaki happy memanjang dan keturunan manusia menjadi huru-hara, kacau-bilau sebab dah tak ada anak2 yg sah nikah-kahwin..

Anonymous said...

Apa2 yang bercanggah dengan al-Quran adalah palsu (hadis).

Dalam Quran (surah an-Nur) tak langsung sebut "tutup rambut" atau "rambut" sahaja.

Bahkan terdapat para ulama terdahulu dan kini yang berpendapat "rambut bukan aurat".

Antaranya yang berbeza tentang aurat ialah ulama tersohor Allahyarham Prof Dr HAMKA. Cuba cari buku beliau & fahami apa yang dikatanya tentang aurat. Bahkan isteri ulama tu juga tak pakai tudung (tutup rambut litup spt dlm konteks kini).

Dalam konteks kini, antara ulama tafsir yang terkenal iaitu Ustaz Quraish Shihab juga kata jilbab (tudung tutup rambut) "boleh jadi sudah melebihi apa yg dikehendaki Tuhan (Allah)".

Jadi, adakah ulama2 dulu & isteri2 mereka berdosa dan tak beriman kerana tak arah/tutup rambut?

Anonymous said...

Hadis2 yang bercanggah dengan Quran adalah palsu.

Dalam Quran (surah an-Nur) tak langsung sebut "tutup rambut" atau "rambut" sahaja.

Anonymous said...

Aurat bagi wanita merupakan pokok perjuangan seorang yang menggelarkan mereka agamawan. Tidak pernah mereka yang bergelar ustaz atau ustazah tidak menyentuh tentang aurat wanita. Aurat melebihi segala2 dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia di dunia ini.

Namun anda sedarkah berapa banyak ayat quran dan hadith nabi mengenai aurat wanita?

Ahli2 fekah akan menggunakan ayat 31 dari surah an-nur dan hadith asma binti abi bajr dari sunan abu dawud untuk mengatakan bahawa rambut/kepala wanita adalah sebahagian dari aurat yang bermaksud perlu ditutupi.

Sebahagian dari ayat 31 dari surah an-nur berbunyai sebegini “Walyadribna bikhumurihinna ala juyubihinna”

Maksudnya, “dan tutuplah mereka dengan penutup ke atas dada mereka”

Namun sedihnya, ustaz-ustaz dan ustazah2 yang belajar di negeri arab menterjemahkan menjadi “dan pakailah tudung ke atas kepala mereka”, atau “dan pakailah tudung sehingga ke paras dada”

Walhal maksud ‘ala’ itu adalah di atas dan maksud ‘juyubihinna’ adalah dada mereka’, namun disebabkan mereka begitu bersemangat sehingga nafsu menutupi iman mereka mereka telah menukar maksud ‘di atas’ menjadi ‘sehingga’ dan ‘dada’ menjadi ‘kepala’

Perkataan khumuri itu atau khimar memang biasanya digunakan sebagai tudung kepala namun perkataan khumuri itu asalnya maksudnya ‘penutup yang menutup’ dan boleh digunakan untuk menutup tong atau kapal atau lain-lain.

Selain itu mereka menggunakan hadith mengenai asma binti abi bajr dari muka 62 volume 4 dari sunan abu dawud yang kononnya muhammad berkata kepada asma bahawa aurat wanita adalah seluruh tubhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Aishah berkata, “Asma binti Abi Bajr telah masuk ke dalam rumah Nabi. Ketika itu dia memakai baju labuh nipis dan jarang. Nabi berpaling daripadanya dan berkata, “Oh Asma, apabila perempuan sudah mencapai umur akil baligh, tidak wajar ia berpakai seperti itu kecuali ini dan ini”, sambil Nabi tunjuk ke muka dan tangannya.

Walhal di dalam buku yang sama Abu Dawud sendiri mengatakan bahawa hadith itu bermasalah kerana sanadnya terputus. Salah seorang rawinya Khalid bin Duraik tidak pernah bertemu dengan Aishah, malahan Khalid bin Duraik tidak dikenali oleh huffaz (ahli-ahli hadith).

Jika benarlah kebenaran hadith ini, kenapa kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa wanita mereka perlu menutup muka (memakai purdah)

Ayat lain yang menceritakan tentang aurat wanita adalah ayat 59 surah al-ahzab. Ayat ini menyuruh wanita untuk melabuhkan kain mereka. Ayat ini sekali lagi tidak menyuruh wanita menutup rambut atau kepala.

Maka dari ayat 31 surah an-nur dan ayat 59 surah al-ahzab kita dapat simpulkan aurat wanita adalah dari dada ke kaki, tidak termasuk rambut/kepala.

Kenapa wanita-wanita arab saudi menutup rambut dan muka, ini kerana penutupan itu adalah budaya mereka dan telah menjadi dikri kerajaan yang memerintah.

era aida said...

SALAM...KNP PELIK SGT BUNYI TULISAN BLOG NI???MENUTUP RAMBUT BG WANITA ITU WAJIB..MKSD DALIL2 TU,TUTUP RMBUT ITU WAJIB..XNK PAKAI TUDUNG,PKAI LA BENDA LAIN...JGN PLK SAME KN NEGARA KITE DGN NEGARA ARAB SANE...KITE KN IKUT AHLI SUNNAH WALJAMAAH...ADE PNDAPAT YG B'BEZA..KITE NI M'SIA...IKUT IMAM SHAFI'E..KNE FHM BTL2 ISI KANDUNGAN AL QORAN TU BR KONGSI DGN MASYARAKAT..SBB TU KNE TANYE USTAZ..BL DH SALAH FHM,NI LAH JD NYE...ROSAK AKIDAH ORG YG BC NI NANTI...

Anonymous said...

saya setuju dgn tuan blog..mohon tuan kalo bole provide info pasal women dress code untuk solat pulak pliss

Shah Said said...

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Nampaknya.. penulis blog ni lebih hebat dari imam Syafie. Tahukah kita siapakah imam shafie ni. Allahu Akbar.

Tanda2 akhir zaman..

Irfan Izzuddin said...

Bkan ada hadis nabi sahih bukhari wanita x tutup rambut kena azab?

Anonymous said...

Kepada Irfan Izzuddin,

Hadis wanita tak tutup rambut kena azab itu ialah hadis palsu.

Cuba rujuk Ustaz MOHAMAD ABDUL KADIR BIN SAHAK, bekas Pegawai Penyelidik di Institut al-Qayyim. Sekarang dia bertugas di Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Dia ada tulis blog soal hukum-hakam agama termasuk status hadis2 popular.

Tentang hadis yang wanita tak tutup rambut kena azab tu adalah berstatus palsu (maudhu').

Ini hadis popular yang sebenarnya adalah hadis palsu:

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Ini penjelasan Ustaz tu tentang hadis palsu di atas:


Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadith al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi s.a.w., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (عيون أخبار الرضا), Bihar al-Anwar (بحار الأنوار) oleh al-Majlisi (المجلسي) dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali.

Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi. Jilid:17. Hal:165.

ترى اللجنة أن هذه النشرة – يعني التي فيها الحديث - مكذوبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وعلى من نسبت إليهم روايتها عنه ، يستحق من اختلقها أو روَّجها الوعيد الثابت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، بقوله : ( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ) متفق على صحته

Maksudnya: "Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadith ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi s.a.w., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi s.a.w. dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." hadith ini telah disepakati kesahihannya."

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa. Jilid:8. Hal:305, berkata:

هذا الخبر معروف ، يتداوله كثير من الناس ، وهو باطل ومكذوب على النبي صلى الله عليه وسلم ، وليس له أصل ، وهو من الموضوعات المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وعلى علي وفاطمة رضي الله عنهما ، وما أكثر ما يكذبه بعض الشيعة على علي رضي الله عنه ، فينبغي لمن وقع في يده شيء من هذا أن يتلفه ، ويخبر من حوله بأنه كذب ، والله المستعان

Maksudnya: "Hadith ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi s.a.w. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."


Untuk rujukan tentang penerangan ustaz tu, sila lawat blog beliau di sini:
HADIS PALSU tentang AZAB WANITA (yang TAK TUTUP RAMBUT)

Sekali lagi untuk makluman korang semua: Hadis2 yang dakwa wanita atau perempuan yang tak tutup rambut akan kena azab adalah hadis palsu. Ini bukan andaian saya. Ini kata-kata para ulama yang pakar dalam hadis.

Anonymous said...

Bottomline is, jangan ikut membuta. Bukan dalam hal ini saja tetapi dalam segala hal.

Be the shepherd, not the sheep.