Sunday, December 6, 2009

SALAH FAHAM MENGENAI PURDAH

Bila ditanya kepada si pemakai purdah apakah dalil purdah itu bertahap sunat atau wajib, ramai yang tidak mampu menjawabnya sedangkan apa yang kita amalkan perlu diketahui sumbernya.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Terdapat banyak dalil bahawa purdah bukan pakaian syariat SEKALIPUN WANITA ITU CANTIK DAN MENARIK PERHATIAN PADA WAJAHNYA.

Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah al-Anmari, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِrجَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلَانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلَالِ *

Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط al-Ausad . Al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, pada hadith yang ke- 235, berkata: sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan)

Menurut hadith di atas ini Rasulullah tidak pun menasihatkan wanita yang berjaya menarik perhatian baginda supaya berniqab/purdah tetapi baginda menyelesaikan gelora nafsu dengan cara halal. Jika wanita itu berpurdah, masakah Nabi sendiri terpikat dan naik nafsunya.

Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itu dapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya”(shahwat) (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Daripada Ibn ..Abbas r.a., katanya:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهمَا قَالَ كَانَ فَجَاءَتِ الْفَضْلُ رَدِيفَ النَّبِيِّ فَجَعَلَ الْفَضْلُrامْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ فَجَعَلَ يَصْرِفُ وَجْهَ النَّبِيُّrالْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

Al-Fadhal (bin ..Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath..am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin ..Abbas memandangnya. Dia adalah seorang WANITA YANG CANTIK. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan WANITA BERWAJAH CANTIK WAJIB MENUTUP WAJAH ADALAH PEMBOHONGAN TERHADAP DALIL SUNNAH. Kata Ibn Hazm: “Sekiranya wajah wanita itu bertutup tentunya ibn ..Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau hodoh” (Ibn Hazm, Al-Muhalla, jld 2, m.s. 248)

Jika dibaca kesuluruhan hadith di atas, kita akan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, IAITU TAHUN KE 5 HIJRAH. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat DAN PALSU SEMATA-MATA. IA HANYA REKAAN AHLI ZUHAD NAMUN SEJARAH TARIKH TURUNNYA WAHYU TIDAK BOLEH DITIPU.

Oleh kerana tiada hujah yang mengatakan purdah pakaian syariat sebaliknya yang membuktikan purdah bukan pakaian syariat lebih banyak, maka muktamadlah purdah bukan pakaian Syariat. Jika kita ingin memakai purdah silakan tapi HARAM MEREKACIPTA KELEBIHANNYA DAN FADHILATNYA KERANA IA TIADA DALAM NAS TENTANG STATUSNYA WAJIB ATAU SUNAT.

Namun awas, harus diingat bahawa Nabi melarang keras LIBASUSSUGHRAH yakni pakaian yang aneh dari orang setempat yang menutup aurat. Pakaian aneh akan menarik banyak mata ke arah si pemakai sedangkan tujuan menutup aurat bukanlah untuk menarik pandangan orang lain.

Adalah SATU KEBOHONGAN jika siapa yang menafikan bahawa ratusan orang melihat secara khusus jika anda berjalan di pasar raya MALAYSIA dengan berpurdah. Sebab itu Nabi menegah libasussghra yang dapat mengubah tujuan berpakaian itu sendiri. Tujuan asal untuk supaya tidak diganggu dan tidak diperhatikan, malangnya jadi perhatian utama dalam satu-satu kawasan itu jika anda berpurdah. Islam tertegak atas dasar Hujah dan Dalil bukannya emosi. Janganlah kita ghuluw dalam beragama sehingga menjauhkan orang bukan Islam untuk menyertai Islam di Malaysia ini dengan membawa Imej extreme yang sebenarnya bukan syariat. KALAU NAK PAKAI PERGI LA KE ARAB SAUDI KERANA DI SANA MEMANG BUDAYA MEREKA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM LAGI.

TAPI INGAT, PERGI HAJI BUKA PURDAH YA KERANA HARAM BERPURDAH KETIKA BERIHRAM!

Sunat atau wajib boleh diisytihar jika terdapat Dalil sahih dr Quran dan hadith sahaja. Tidak ada jalan lain untuk memutuskan kewajipan atau kesunatan kecuali 2 jalan itu sahaja. Jika tidak ia menjadi bid'ah munkarah.

Sesuatu benda tidak akan menjadi wajib tanpa dalil. Wajib tidak boleh disandarkan pada alasan ia mendatangkan fitnah. Nabi pun tak suruh wanita cantik berpurdah menurut hadith kisah yg saya sebut sebelum ini. Oleh itu mengatakan ia wajib jika wajah cantik adalah PEMBOHONGAN TERHADAP ALLAH DAN RASUL.

Jika kita mengatakan ia sunat dan wajib tanpa dalil ini sama dengan kita berbohong atas nama Allah dan Rasulnya. Ini kerana sunat atau wajib hanya datang dari kata-kata Allah dan Rasul sahaja.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Ingat, jangan mudah mengatakan WAJIB TANPA DALIL. Wajib tidak boleh diputuskan menggunakan tanggapan semata-mata. Jika kita mengatakan wanita tertentu itu jatuh hukum wajib memakai purdah, ia seperti mengatakan haram wanita itu menunjukkan wajah. Islam telah memberi amaran terhadap perbuatan ini dalam dalil berikut:

Ertinya: "Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian memalingkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka menyekutukan Aku dengan sesuatu yang AKU TIDAK TURUNKAN KETERANGAN (DALIL) PADANYA." (Riwayat Muslim)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)

MENGENAI PENDEBATAN BAHAWA WAJAH WANITA YANG MENDATANGKAN FITNAH (CANTIK) ADALAH HARAM DIPERLIHAT ADALAH PERDEBATAN YANG SIA-SIA KERANA IA SUDAH DIBERI AMARAN OLEH RASULULLAH!

“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukhāri: VI/2658/6859.)


Kita bukan anti purdah tapi ingin mengembalikan Islam pada asalnya bukan Islam tokok tambah. Dalam agama ni tak boleh kurang atau lebih (ghuluw). Jangan kita bagi imej salah kepada Islam sampai orang bukan Islam takut ingin mendekati Islam.

Jangan kerana ia nampak baik maka kita kata ia syariat dan menokok tambah ia wajib atau sunat. Menurut firman Allah.

“Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan amalan yang baik”. (Surah al-KahfI: 103-104).

Mengenai burka ia memang budaya negara Arab dan menjadi kebiasaan kepada mereka. Jadi siapa yang memakainya bukanlah dikategorikan libasussughrah (pakaian ganjil) dan tidak menarik banyak mata. Namun jika dipakai di Malaysia, ia akan menarik ribuan mata manusia ke arah anda. Anda lebih diperhatikan dari orang lain sedangkan anda wanita. Sedangkan lelaki sendiri dilarang berpakaian aneh agar tak menjadi tumpuan, inikan pula wanita.

Dalam kes Malaysia, orang menganggap pakai purdah itu selalunya lawa. Jika semua orang dah tahu, adakah itu merbahaya kepada wanita itu kerana orang lain tahu dia pasti cantik!

Kembalilah kepada Islam yang asal berteraskan Quran dan hadith. Islam ni sederhana. Kurang haram, berlebih (bid'ah) pun haram. Boleh pakai purdah kalau diiktikad dalam hati ia fesyen arab semata-mata. Boleh pakai kalau sekeliling anda ramai berpurdah supaya anda tidak menjadi perhatian utama.

Sebab itu kita tengok orang yang belajar tinggi dalam Ilmu hadith sehingga pHD pakaian mereka sederhana sahaja. Seperi Shaikh Yusuf Al-Qardawi, Syaikh Naseruddin Al Albani (pakar hadith dunia), Dr Mohammad Asri dan lain-lain.

Namun kita berasa ganjil mengapa orang sekolah pondok, orang yang tak banyak tahu hujah dalil atau lemah penguasaan kajian hadithnya pakaiannya sangat Arab dan Extreme. Maaf jika tersinggung. Kita tak jumpa pun pakar hadith bertaraf Faqih di kalangan wanita yang berpurdah tetapi berpakaian sederhana sahaja. Sebab itulah golongan paling ramai berpurdah dalam Malaysia ini adalah golongan Al-Arqam namun mereka semua mudah-mudah ditipu oleh ketua mereka. Adakah mereka terlalu cetek Ilmunya sehingga mudah ditipu dengan menyertai Al-Arqam?

Oleh itu kembalilah kepada Islam yang asli. Semua perkara dalam Islam datang dengan dalil Quran dan Hadith. Set minda kita semua benda dalam Islam itu BERDALIL. Baru kita boleh jadi pengamal Sunnah yang kuat. Mari kita contohi kata-kata Imam Besar mazhab yang sangat kuat berpegang pada prinsip DALIL DALAM SEMUA PERKARA.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam ahmad bin Hambal berkata :(mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Asy-Syafi’i, beliau berkata:(mazhab syafie)
“Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)

Setelah kita teliti kata-kata semua Imam Mazhab yang agung ini, ia seperti selari dengan apa yang ingin saya sampaikan. Mari kita sama-sama ubah cara fikir masyarakat iaitu berfikir berdasarkan hujah yang tepat dan sahih lagi bersumber. Sebab itu semua hujah yang saya datangkan ada saya sertakan sumber rujukan yang detail.

"Bawalah Islam seperti asalnya, bersederhanalah dan jangan menyebabkan orang bukan Islam sudah tidak minat dengan Islam"


Wallahua'lam

19 comments:

Anonymous said...

Salam saudara

Bagaimana dengan isteri nabi s.a.w berpurdah? Saya tidak berpurdah, malahan berpakaian biasa saja. Cuma bagi saya, cara saudara agak beremosi.

nurwardah2803 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam.. daripada apa y saya ktahui.. isteri nabi juga tidak berpurdah.. sy rse penulis ini tidak la beremosi.. tp cuba utk bertegas mngatakan soal hukum.. wallahu'alam.. maaf klo ad khilaf..

Unknown said...

Betul kata penulis ni.. memang wanita yang cantik tidak wajar memakai purdah.. tapi dari apa yang saya dengar wanita harus memakai purdah sekiranya kecantikkannya boleh menarik perhatian kaum sejenisnya. Maaf sekiranya salah... saya dan kawan mualaf saya ingin mengetahui kebenarannya.

Anonymous said...

Purdah di arab pakaian biasa....negara padanh pasir kan....habuk banyak...di malaysia..purdah adalah pakaian ganjil dan pelik...dan banyak org sok sek di belakang..menakutkan budak2...purdah di malaysia banyak menimbulkan fitnah

Anonymous said...

Benar, saya setuju pendapat penulis berkenaan dengan menutup wajah untuk mengelakkan fitnah. Merepek je pendapat orang macam tu.. mereka ingat hanya wanita je yang menarik perhatian.. seolah-olah lelaki tidak ada daya tarikan

Nabi Yusuf pun kalau wanita tengok wajah Nabi Yusuf terpotong jari mereka..

Ini menunjukkan lelaki pun ada daya tarikan, tapi tak ada pulak disuruh tutup wajah jika berlaku fitnah...

tu lah orang yang melampau sangat dalam beragama, akibatnya memberatkan praktik agama akhirnya agama menjadi sebuah pegangan yang baku, kaku, beku dan jumud.

Orang yang berlebih-lebihan dalam memberatkan agama sama je dengan orang yang melampau dalam meringankan agama.

Anonymous said...

Tentang libas asy-Syuhrah(bukan LIBASUSSUGHRAH, salah ejaan ini, mohon dibetulkan),saya pun setuju pendapat penulis. Orang sekarang ni main hentam je nak berpakaian apa sahaja tanpa mengambil kira bagaimana cara pemakaian setempat di sesuatu negeri.

Let say, jika seseorang berada di tempat orang yang memakai baju T-Shirt dan seluar Jeans, tetapi orang tersebut memakai jubah, kopiah dan serban. Orang yang memakai jubah, kopiah dan serban dikira orang yang melanggar sunnah.

Sunnah Nabi berpakaian adalah berpakaian sesuai dengan setempat (selagimana bersesuaian dengan syariat), bukannya jubah, serban dan kopiah tu. Kolot sangat sebahagian orang ini main redah je nak pakai apa.

Sebab tu antara sunnah Nabi yang ditinggalkan adalah menghindari pakaian yang aneh menurut setempat. Ramai orang masih tidak tahu benda ini tegahan ini.

Maklumlah, kononnya ingat pakaian Islam ni adalah jubah, kopiah, serban, purdah, jilbab dan hijab. Walhal pakaian Islam adalah menutup aurat dengan sempurna, tidak berlebihan dan tidak memakai pakaian Libas asy-Syuhrah.

Anonymous said...

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبًا مِثْلَهُ
“Barangsiapa memakai pakaian syuhrah, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian semisal pada hari kiamat” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 4029, Ibnu Maajah no. 3606-3607, dan yang lainnya; shahih].
Asy-Syaukaaniy rahimahullah berkata :
قال ابن الأثير : الشهرة ظهور الشيء والمراد أن ثوبه يشتهر بين الناس لمخالفة لونه لألوان ثيابهم فيرفع الناس إليه أبصارهم ويختال عليهم بالعجب والتكبر
“Ibnul-Atsiir berkata : ‘Asy-Syuhrah adalah tampaknya sesuatu. Maksudnya bahwa pakaiannya populer di antara manusia karena warnanya yang berbeda sehingga orang-orang mengangkat pandangan mereka (kepadanya). Dan ia menjadi sombong terhadap mereka karena bangga dan takabur” [Nailul-Authaar, 2/111 – via Syamilah].
Beberapa ulama menjelaskan bahwa diantara syuhrah yang dilarang dalam hadits adalah menyelisihi pakaian penduduk negerinya tanpa ‘udzur.
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ الْعَوَّامِ، عَنِ الْحُصَيْنِ، قَالَ: كَانَ زُبَيْدٌ الْيَامِيُّ يَلْبَسُ بُرْنُسًا، قَالَ: فَسَمِعْتُ إِبْرَاهِيمَ عَابَهُ عَلَيْهِ، قَالَ: فَقُلْتُ لَهُ: إِنَّ النَّاسَ كَانُوا يَلْبَسُونَهَا، قَالَ: " أَجَلْ ! وَلَكِنْ قَدْ فَنِيَ مَنْ كَانَ يَلْبَسُهَا، فَإِنْ لَبِسَهَا أَحَدٌ الْيَوْمَ شَهَرُوهُ، وَأَشَارُوا إِلَيْهِ بِالأَصَابِعِ "
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami ‘Abbaad bin Al-‘Awwaam, dari Al-Hushain, ia berkata : Dulu Zubaid Al-Yaamiy pernah memakai burnus (sejenis tutup kepala). Lalu aku mendengar Ibraahiim mencelanya karena perbuatannya yang memakai burnus tersebut. Aku berkata kepada Ibraahiim : “Sesungguhnya orang-orang dulu pernah memakainya”. Ibraahiim berkata : “Ya. Akan tetapi orang-orang yang memakainya sudah tidak ada lagi. Apabila ada seseorang yang memakainya hari ini, maka ia berbuat syuhrah dengannya. Lalu orang-orang berisyarat dengan jari-jari mereka kepadanya (karena heran)” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no. 25655; sanadnya shahih].
Ibnu Baththaal rahimahullah berkata :
فالذى ينبغى للرجل أن يتزى فى كل زمان بزى أهله ما لم يكن إثمًا لأن مخالفة الناس فى زيهم ضرب من الشهرة
“Yang seharusnya dilakukan seseorang adalah ia berpakaian di setiap masa dengan pakaian orang-orang yang hidup di masa tersebut sepanjang tidak terkandung dosa, karena penyelisihan terhadap pakaian yang dipakai oleh orang banyak termasuk syuhrah” [Syarh Shahih Al-Bukhaariy, 17/144 – via Syamilah].
Al-Mardawiy rahimahullah berkata :
يكره لبس ما فيه شهرة, أَو خلاف زي بلده من الناس, على الصحيح من المذهب
“Dimakruhkan memakai sesuatu yang menimbulkan syuhrah/popularitas atau menyelisihi pakaian penduduk negeri setempat berdasarkan pendapat yang shahih dari madzhab (Hanaabilah)” [Al-Inshaaf, 2/263].

Anonymous said...

أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْن ثابت بْن بندار، نا أبي الْحُسَيْن بْن عَلِيّ، نا أَحْمَد بْن منصور البوسري، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ مخلد، ثني مُحَمَّد بْن يوسف، قَالَ: قَالَ عَبَّاس بْن عَبْدِ العظيم العنبري: قَالَ بِشْر بْن الحارث: إن ابْن الْمُبَارَك " دخل المسجد يوم جمعة وعليه قلنسوة فنظر الناس ليس عليهم قلانس فأخذها فوضعها فِي كمه "
Telah mengkhabarkan kepada kami Yahyaa bin Tsaabit bin Bundaar : Telah mengkhabarkan kepada kami ayahku (: Telah mengkhabarkan kepada kami ) Al-Husain bin ‘Aliy : Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Manshuur Al-Buusiriy : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Makhlad : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Yuusuf, ia berkata : Telah berkata ‘Abbaas bin ‘Abdil-‘Adhiim Al-‘Anbariy : Telah berkata Bisyr bin Al-Haarits : Sesungguhnya Ibnu Mubaarak pernah masuk ke dalam masjid pada hari Jum’at, dan ia memakai peci. Lalu ia melihat orang-orang tidak ada yang memakai peci. Maka Ibnul-Mubaarak melepas dan menyimpannya di balik bajunya” [Diriwayatkan oleh Ibnul-Jauziy dalam Talbiis Ibliis, hal. 184].
Al-Mardawiy rahimahullah berkata saat menjelaskan posisi madzhabnya :
يُكْرَهُ لُبْسُ مَا فِيهِ شُهْرَةٌ ، أَوْ خِلَافُ زِيِّ بَلْدَةٍ مِنْ النَّاسِ عَلَى الصَّحِيحِ مِنْ الْمَذْهَبِ
“Dimakruhkan memakai sesuatu yang menimbulkan syuhrah/popularitas atau menyelisihi pakaian penduduk negeri setempat berdasarkan pendapat yang shahih dari madzhab (Hanaabilah)” [Al-Inshaaf, 2/263].
Oleh karena itu, syari’at menganjurkan kita berpakaian dengan pakaian yang dipakai oleh penduduk negeri tempat kita tinggal, selama tidak ada hal-hal yang menjadi larangan syari’at. Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimiin rahimahullah berkata ketika menjelaskan tentang masalah ‘imamah (surban) :
والسنة لكل إنسان أن يلبس ما يلبسه الناس ما لم يكن محرماً بذاته ، وإنما قلنا هذا ؛ لأنه لو لبس خلاف ما يعتاده الناس لكان ذلك شهرة ، والنبي صلى الله عليه وسلم نهى عن لباس الشهرة ، فإذا كنا في بلد يلبسون العمائم لبسنا العمائم ، وإذا كنا في بلد لا يلبسونها لم نلبسها
“Yang disunnahkan bagi setiap orang adalah memakai pakaian yang dipakai oleh orang-orang kebanyakan selama dzatnya tidak diharamkan. Hanyalah kami mengatakan demikian karena seandainya ia memakai pakaian yang berbeda dengan kebiasaan orang-orang, itu merupakan syuhrah. Dan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarang memakai pakaian syuhrah. Seandainya kita berada di negeri yang orang-orangnya memakai ‘imamah (surban), maka kita memakai ‘imamah. Namun apabila kita berada di negeri yang orang-orangnya tidak mamakai ‘imamah, maka kita pun tidak memakainya....” [Liqaa Al-Baab Al-Mafttuh, 23/160].

Anonymous said...

kadang2 ada orang terlampau semangat dalam purdah sehinggakan sanggup terjah je..

dulu hangat kes budak UM disuruh tanggalkan purdah, lepas tu marah2 pulak kat universiti sebab kononnya menghalang pemakaian syariatlah..

Rasulullah SAW dulu pun ikut prosedur dan birokrasi pemerintahan kafir dalam menulis surat, iaitu perlu adanya cop mohor.. patutnya kalau boleh Rasulullah SAW boleh je ingkar, tapi baginda tidak buat begitu.

Begitu juga pada zaman perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW dulu pun suruh Saidina Ali (kalau tak silap) padam kalimah Bismillah dan Rasulullah pada perjanjian tersebut, cukup suruh tulis Muhammad bin Abdullah sebab kafir Quraisy tak suka perjanjian diisi kalimah tersebut.

Tak de pun Rasulullah SAW anggap itu penghinaan dan penghalang terhadap syariat. Bahkan boleh je baginda ingkari ketidaksetujuan kafir Musyrik tu..

tapi Rasulullah tak buat pun begitu, Rasulullah ikut dan setuju je.. orang konon beragama sekarang ni bersikap ekstrimis tapi tak matang dalam tindakan. Islam itu memanglah mulia tapi jangan bertindak melulu.

Kalau saya hakim, saya akan jatuhkan hukuman terhadap wanita yang berpurdah itu kerana bersikap keterlaluan. Akurlah, bukan melanggar syariat pun. Kita tak nafikan pun perbuatan orang yang mendedahkan aurat itu salah, tapi tak perlu nak tuding2 supaya dapat membenarkan pegangan ekstrimis..

lebih kurang sama je perangai orang camni dengan orang dedah aurat dengan berkata, "sekurang-kurangnya kami dedah aurat ni pun tak de lah minum arak macam perempuan lain".. tuding orang lain supaya dirinya tak terlihat salah dan menjustifikasikan ketidaksalahan padanya.

maaflah cakap, memang begitu perangai orang beragama sekarang.. fanatik dan taksub secara melampau. Rasulullah pun boleh akur dengan ketidaksetujuan dari kafir Quraisy dan mengikut prosedur daripada pemerintah
Rom dalam cop mohor. tak de pulak Rasulullah menganggap itu mencabar syariat.

Anonymous said...

Kalau hati itu niat kpd Allah macam mana?xknlah Allah kejam nk menghukum hmbanya berpurdah berniat ke atas Nya.kalau mmg hidayah Allah beri macam mana?.hanya Allah sahaja yg mngetahui niat hati hambanya.kita tidak boleh menghukum wanita lemah dgn sewenang2 nya.mungkin wanita yg brpurdah tersebut ada sesuatu yg ibgin dia kecapi utk akhirat.lagi wanita pelacur zaman rasulullah yg beri minum anjing lagi boleh masuk syurga.jadi apa2 pun hnya Allah yg mengetahui niat hati hambanya.jadi jangan menyalahkan si pemakai.kalau niat baik,baik lah akhirat nya kalau jahat niatnya,azablah jawabannya.kasihani wanita yg ingin berubah ke arah kebaikan.niat ingin jadi wanita baik.xkn itu salah?hanya Allah shj mengetahui niat hambanya.Sesungguhnya Allah maha mengetahui isi hati.jadi apa2 pun naskh boleh jd,yg nmpak buruk di mata manusia tapi baik pd Allah.jadi sentiasa lah berfikiran positif pd org yg ingin berubah ke arah kebaikan.lagi Rasulullah sentiasa berfikiran baik pd stiap manusia d muka bumi Allah.

Anonymous said...

jangan lupa, niat tak menghalalkan cara... terang2 Rasulullah SAW tegaskan larangan Libas asy-Syuhrah (pakaian aneh menurut setempat).. niat baik pun kalau cara tak betul, tetap menyalahi syariat Islam.

Anonymous said...

jangan samakan masalah pemakaian purdah dengan pelacur memberi anjing... Pelacur niatnya betul dan perbuatannya betul, tetapi mereka yang pakai purdah, niatnya betul tetapi perbuatan tak betul (sebab Libas asy-Syuhrah)..

Anonymous said...

maksud saya.. pelacur berniat baik untuk menolong anjing dan berbuat baik dengan memberi minum.. tetapi mereka yang memakai purdah berniat baik untuk menyempurnakan syariat Islam, tetapi perbuatan tak betul kerana menyalahi sunnah sebab memakai Libas asy-Syuhrah..

Anonymous said...

Sy 100% sokong dgn penulis,harap dapat dikeluarkan penulisan penulis ini ke dada2 akhbar untuk menyedarkan masyarakat

Anonymous said...

Sy 100% sokong dgn penulis,harap dapat dikeluarkan penulisan penulis ini ke dada2 akhbar untuk menyedarkan masyarakat

Anonymous said...

niat baik pun studylah dulu mengenainya. buat apa menyusahkan diri tapi sia2. sebab tu kita diberi akal utk fikir dan analisa bukannya buat buta tuli saja.

Anonymous said...

setuju. sedar atau tidak, pakaian adalah punca utama umat Islam dipandang serong di negara barat kerana memilih utk berdegil dan kelihatan berbeza dari org lain.

Unknown said...

Saya berniqab tapi kadang kala kerana keadaan seperti bila saudara mara atau kawan kawan dtg rumah saya hanya mengenakan pakaian yg wajib sahaja dan tidak berniqab apa yang di katakan oleh penulis memang betul niqab hanyalah sunnah sahaja tetapi menutup aurat seperti mengenakan pakaian yg longgar tudung menutup dada pakai handsock dan stokin itu yang wajib