PERIHAL KEWAJIPAN BERMAZHAB
Mereka menuduh siapa yang menolak satu-satu hukum dalam mazhab Syafie adalah sesat namun pada hakikatnya merekalah yang menolak pendapat Imam Syafie.
Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).
PERIHAL TAHLIL ARWAH
Mereka menuduh orang yang menolak kenduri arwah itu sebagai Wahabi dan tidak menghormati Mazhab Syafie yang membenarkan tahlil arwah sepertimana yang dilakukan di Malaysia. Namun mereka yang jahil ini sebenarnya berbohong atas nama Imam Syafie sendiri.
Di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa :
وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْ رَهُ الضِّ یَافَةُ مِ نَ الطَّعَ امِ مِ نْ اَھْ لِ الْمَیِّ تِ لاَنَّ ھُ شَ رَعَ فِ ى السُّ رُوْرِ وَھِ يَ
بِدْعَةٌ
“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan
yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah
bid’ah”.
وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُھُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ
حَرَامٌ
“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat puluh harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.
Berkata Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan BID'AH YANG MUNGKAR”
SILA RUJUK KITAB I'ANATUTTALIBIN HALAMAN 145!!
Adakah layak kita menuduh orang lain Wahabi dan mengaku bermazhab Syafie sedangkan kita pada hakikatnya menderhakai fatwa Imam Syafie sendiri. Sedangkan anak murid Imam Syafie iaitu Imam Nawawi sendiri mengharamkan amalan orang Melayu seperti berikut:
Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-:
“Berpegang dengan jalan petunjuk, JANGAN ENGKAU TEWAS DISEBABKAN SEDIKIT YANG MELALUINYA. Jauhilah jalan yang sesat. JANGAN ENGKAU TERPENGARUH DENGAN BANYAKNYA GOLONGAN YANG ROSAK”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, BESAR KEHARAMANNYA, dan FASIKNYA sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225- 226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).
Adakah kita termasuk orang yang fasiq kerana tidak membantahnya sebaliknya mempertahan mati-matian sambil menuduh orang yang mempertahankan sunnah itu Wahabi?
PERIHAL MALAM NISFU SYA'BAN.
Sekali lagi orang yang membantah amalan Nisfu Sya'ban digelar wahabi dan dituduh tidak menghormati mazhab Malaysia iaitu Mazhab Syafie sedangkan Imam Syafie tidak pernah menyuruh kepada Amalan Malam Nisfu Sya'ban dalam mana-mana kitabnya pun. Sebaliknya amalan ini difatwakan sesat oleh Ulama terkemuka iaitu PROF DR YUSUF AL-QARDAWI.
Fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha).
Adakah DR YUSUF QARDAWI merupakan seorang Wahabi?
PERIHAL ZIKIR SELEPAS SOLAT.
Mereka yang jahil menuduh mereka yang tidak berzikir beramai-ramai dengan nyaring selepas solat seperti di Masjid-masjid kita sebagai wahabi dan menolak Mazhab setempat iaitu Mazhab Syafie. Sedangkan secara tidak sedar kitalah yang telah menderhakai Imam Syafie:
Dalam Kitab Agung Imam Syafie al-Umm disebut: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan" (al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).
Kita tidak sedar orang yang dituduh Wahabi itu adalah Imam Syafie sendiri. Siapakah yang menghina Imam Syafie sebenarnya?
PERIHAL LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT
Orang Melayu juga tidak ketinggalan menuduh orang yang tidak menyebut "Usolli" sebelum niat solat adalah penentang mazhab Syafie dan merupakan seorang Wahabi. Jika disemak di dalam mana-mana kitab Imam Syafie seperti Ar Risalah dan Al-Umm, tidap pernah pun diajarkan sebutan "usolli" itu oleh Imam kesayangan kita itu. Adakah benar dakwaan kita itu? Berikut dilampirkan Fatwa Antarabangsa oleh PROF DR YUSUF QARDAWI
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: (Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan IMAM GHAZALI: “Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”.
PERIHAL FADHILAT KHAS SURAH YASIN
Amalan menganggap membaca Yasin di Malam jumaat merupakan Sunat adalah suatu tanggapan yang bohong terhadap agama yang suci ini. Kita tidak pernah menghalang membaca surah Yassin pada malam jumaat tetapi menganggap ia mempunyai kelebihan tertentu ketika malam jumaat adalah suatu perbuatan bid'ah (mengada-adakan hal agama yang baru). Jika Imam Syafie masih hidup, barangkali beliau juga akan mengkritik hebat amalan orang Melayu ini. Mereka hanya berpegang kepada hadith yang palsu mengenai fadhilat surah yasin pada malam jumaat:
"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya".
(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247). Keterangan : Hadits ini Palsu.
Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).
Hadith palsu pun tidak menerangkan fadhilat Yasin di Malam Jumaat sedangkan Hadith Sahih yang lain menerangkan fadilat surah Al-Kahfi di hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)
Orang Melayu juga sering mengamalkan Hadith Palsu dengan membaca Yasin kepada orang yang nazak. Buktinya adalah seperti berikut:
"Ertinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya".
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadits ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadits. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadits. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).
Teringat ketika bersekolah rendah dahulu Ustazah pernah mengatakan bahawa Surah YASIN ADALAH HATI AL-QURAN. Mari kita semak adakah benar dakwaan Ustazah kita itu?
"Ertinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surat Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali".
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadits batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah Hadits Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.
(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).
KESIMPULAN
Jika kita menyemak banyak lagi Fatwa Imam Syafie bertentangan dengan Amalan orang melayu itu sendiri dan jika benarlah Wahabi menentang amalan-amalan bid'ah itu, maka golongan wahabilah golongan yang 'sekepala' dengan Imam Syafie RH.
Kita tertanya-tanya mengapakah Imam-Imam ini bermati-matian menentang amalan bid'ah. Jika kita ingin mengetahuinya, ia juga dihentam oleh semua Ulama Ahli sunnah seperti berikut:
Berkata ‘Abdullah bin ‘Abbas rAdhiyallahu ‘anhu: "Sesungguhnya perkara-perkara yang PALING DIBENCI oleh Allah adalah bid’ah-bid’ah." (Dikeluarkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-Kubra 4/316)
Berkata Sufyan Ats-Tsauriy: "Bid’ah itu lebih disukai oleh Iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya (masih diharapkan untuk bertaubat), sedangkan pelaku bid’ah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebid’ahannya (sulit diharapkan untuk bertaubat)." (Dikeluarkan oleh Al-Laalikaa`iy 1/133 dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 7/26 dan Al-Baghawiy dalam Syarhussunnah 1/216)
Berkata Al-Imam Malik bin Anas: "Barangsiapa mengada-adakan di dalam Islam suatu kebid’ahan yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan maka sungguh ia telah menuduh bahwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengkhianati risalah, karena sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagi kalian." Maka apa-apa yang tidak menjadi agama pada hari itu, maka tidak menjadi agama pula pada hari ini." (Al-I’tisham, Al-Imam Asy-Syathibiy 1/64)
Dari Jabir bin ‘Abdillah rAdhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam suatu khuthbahnya (yang artinya): "Ammaa ba’d, Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitaabullaah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan dan SETIAP bid’ah adalah sesat." (HADITH RIWAYAT. Muslim no.867)
Mungkin dendangan puisi ini sesuai untuk bagi mereka yang sudah membaca artikel ini:
Puisi Wahabi (Klik)
No comments:
Post a Comment